Bagaimana cara untuk log masuk ke akaun perdagangan saya?

Dalam artikel ini, anda akan menemui panduan tentang cara-cara untuk log masuk ke akaun perdagangan anda di MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 di pelbagai platform: PC, Android dan iOS.

MetaTrader 5

PC

  1. Klik pada File di sudut kiri atas.

  2. Pilih Login to Trade Account.

    1.bmp
  3. Masukkan nombor akaun ke dalam ruangan Login.

  4. Masukkan kata laluan perdagangan (agar boleh berdagang) atau kata laluan pelabur (untuk sekadar memantau atau mencerap aktiviti; pilihan untuk membuat pesanan akan dilumpuhkan) ke dalam ruangan Password.

  5. Pilih nama pelayan yang betul daripada senarai yang dicadangkan dalam ruangan Server.

    2.bmp

    Nama atau nombor IP pelayan telah diberikan kepada anda ketika anda membuka akaun. Jika anda tidak ingat nombor pelayan anda, anda boleh menyemaknya di Laman Pedagang anda, di seksyen Maklumat akaun:

    3.bmp

Android

Untuk log masuk ke akaun MT5 anda daripada aplikasi mudah alih, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka halaman Manage accounts.

    4.bmp

    5.bmp
  2. Klik pada tanda +.

    6.bmp
  3. Jika anda telah memuat turun platform dari laman web kami, anda akan melihat FBS Markets Inc. secara automatik dalam senarai broker. Jika tidak, taip FBS Markets Inc. dalam bar carian. Klik padanya.

    7.bmp
  4. Dalam medan Login to existing account, pilih pelayan yang anda perlukan (Real atau Demo). Dalam ruangan Login, sila taipkan nombor akaun anda, dan dalam ruangan Password taipkan kata laluan yang telah dijana untuk anda semasa pendaftaran akaun.

    8.bmp
  5. Klik pada Login.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk log masuk, sila jana kata laluan perdagangan baharu di Laman Pedagang anda dan cuba log masuk dengan kata laluan baharu.

iOS

Untuk log masuk ke akaun MT5 anda menggunakan aplikasi peranti mudah alih, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada Settings di bahagian kanan bawah skrin.

    9.bmp
  2. Di bahagian atas skrin, sila klik pada New account.

    10.bmp
  3. Jika anda telah memuat turun platform ini daripada laman web kami, anda akan nampak FBS Markets Inc. dalam senarai broker secara automatik. Klik padanya.

  4. Dalam ruangan Use existing account, pilih pelayan yang anda perlukan (Real atau Demo); di ruangan Login, sila taipkan nombor akaun anda, dan di ruangan Password taip kata laluan yang dijana untuk anda semasa pendaftaran akaun.

    11.bmp
  5. Klik pada Sign In.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk log masuk, sila jana kata laluan perdagangan baharu di Laman Pedagang anda dan cuba log masuk dengan kata laluan baharu.

MetaTrader 4

PC

  1. Klik pada "File" (penjuru kiri atas dalam MetaTrader).

  2. Pilih "Login to Trade Account".

    12.bmp
  3. Masukkan nombor akaun ke dalam ruangan Login.

  4. Masukkan kata laluan perdagangan (agar boleh berdagang) atau kata laluan pelabur (untuk sekadar memantau atau mencerap aktiviti; pilihan untuk membuat pesanan akan dilumpuhkan) ke dalam ruangan Password.

  5. Pilih nama pelayan yang betul daripada senarai yang dicadangkan dalam ruangan Server.

    13.bmp

    Sila maklum bahawa nama dan nombor IP pelayan telah diberikan kepada anda ketika anda membuka akaun. Jika anda tidak ingat pelayan yang perlu anda gunakan, anda boleh menyemaknya semasa memulihkan kata laluan perdagangan anda.

Android

  1. Pada halaman pertama Accounts, klik pada tanda +.

    14.bmp
  2. Klik pada tanda +.

    15.bmp
  3. Jika anda telah memuat turun platform dari laman web kami, anda akan melihat FBS Markets Inc. secara automatik dalam senarai broker. Jika tidak, taip FBS Markets Inc. dalam bar carian. Klik padanya.

    16.bmp
  4. Dalam medan Login to existing account, pilih pelayan yang anda perlukan (Real atau Demo). Dalam ruangan Login, sila taipkan nombor akaun anda, dan dalam ruangan Password taipkan kata laluan yang telah dijana untuk anda semasa pendaftaran akaun.

    17.bmp
  5. Klik pada Login. Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk log masuk, sila jana kata laluan perdagangan baharu di Laman Pedagang anda dan cuba log masuk dengan kata laluan baharu.

iOS

Untuk log masuk ke akaun MT4 anda daripada aplikasi mudah alih, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Klik pada tab Settings di bahagian kanan bawah skrin.

    18.bmp
  2. Cari butang New account di bahagian atas skrin dan klik padanya.

    19.bmp
  3. Dalam tetingkap yang terbuka, klik pada butang Login to an existing account.

  4. Jika anda telah memuat turun platform dari laman web kami, anda akan melihat FBS Markets Inc. secara automatik dalam senarai broker. Walau bagaimanapun, anda perlu menyatakan pelayan akaun anda.

    21.bmp

    Kredensial log masuk, termasuk pelayan akaun, telah diberikan kepada anda semasa pembukaan akaun. Jika anda tidak ingat nombor pelayan, anda boleh menemuinya dalam tetapan akaun dengan mengklik nombor akaun perdagangan anda di Laman Pedagang web atau aplikasi FBS – Stocks & Forex Trading.

    22.bmp
  5. Sekarang, masukkan butiran akaun. Dalam ruangan Login, sila taipkan nombor akaun anda, dan dalam ruangan Password taipkan kata laluan yang telah dijana untuk anda semasa pendaftaran akaun.

    23.bmp
  6. Klik pada Sign In di sudut kanan atas.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk log masuk, sila jana kata laluan perdagangan baharu di Laman Pedagang anda dan cuba log masuk dengan kata laluan baharu.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: