Dividen. Apakah ia, dan bagaimana saya boleh menerimanya?

Dividen adalah apa yang anda terima daripada syarikat sebagai ganjaran kerana telah melabur padanya (membuka posisi BELI). Dividen adalah sebahagian dari pembayaran yang lebih besar, yang berhak diterima oleh pelabur.

Katakan anda membeli saham suatu syarikat atau, dalam kes kita, membuka pesanan beli. Kini, anda berhak mendapat sebahagian kecil daripada keuntungan bersih syarikat, dengan syarat ia mencatat keuntungan dan memilih untuk memberikan ganjaran kepada para pelaburnya.

Anda akan terlibat sekiranya syarikat tersebut memilih untuk membayar dividen semasa anda mempunyai pesanan beli atau jual bagi saham ini sebelum atau pada   tarikh tanpa dividen (ex-dividend date).

Tarikh tanpa dividen (ex-dividend atau ex-date) adalah fasa yang dilalui oleh syarikat ketika mereka membayar dividen kepada pemegang saham mereka (dalam kes ini - anda, jika anda mempunyai pesanan beli yang aktif). Tarikh tanpa dividen adalah penting kerana pada tarikh ini pemegang pesanan beli boleh menerima dividen.

Untuk layak mendapat dividen, anda mesti membuka posisi beli sebelum atau pada tarikh tanpa dividen. Sekiranya anda menutup pesanan anda sebelum tarikh ini atau membukanya selepas dari itu, anda tidak akan menerima dividen.

Walaupun anda menutup pesanan beli selepas tarikh tanpa dividen, anda masih berhak mendapat pembayaran dividen yang seterusnya - tetapi hanya yang akan datang.

Apa yang perlu saya lakukan untuk menerima dividen?

  1. Pertama, anda perlu mengikuti Kalendar Dividen kami;

  2. Kedua, buka posisi dengan mengambil kira maklumat pembayaran dividen dari Kalendar (sebelum tarikh tanpa dividen).

Dalam Kalendar kami, dividen ditunjukkan dalam matawang saham per saham.

Sebagai contoh, jika anda memiliki 100 saham PepsiCo dan dividen adalah 1.075, anda akan menerima $107.5 ($1.075 untuk setiap saham yang anda miliki). Tetapi anda boleh menerima pembayaran ini hanya jika anda memiliki saham sebelum tarikh tanpa dividen.

Selepas itu, anda akan menerima dividen berkadaran dengan pegangan saham anda. Ia akan dikreditkan secara automatik ke akaun perdagangan anda.

Tolong berikan tumpuan pada posisi jual anda kerana anda boleh dicaj amaun dividen. Anda boleh semak amaun dividen di Kalendar Dividen.

Dividen juga dibayar/dicaj untuk Indeks-indeks berikut. 

  • AU200
  • DE30
  • ES35
  • EU50
  • FR40
  • JP225
  • UK100
  • HK50
  • US30
  • US100
  • US500

Indeks berasaskan sekumpulan saham yang berkemungkinan membayar dividen dalam satu-satu tahun. Apabila suatu saham membayar dividen, nilai saham tersebut menyusut – dan indeks itu sendiri menyusut nilainya.

Proses pembayaran dividen untuk Indeks berfungsi sama seperti Saham:

  • Sekiranya anda mempunyai posisi Beli, dividen akan dibayar kepada anda.
  • Sekiranya anda mempunyai posisi Jual, dividen akan ditolak daripada akaun anda.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: